27 February 2008

Tahukah Anda Bagaimana Barbie Mendapat Nama?


Ruth Handler antara pengasas syarikat alat permainan terkemuka. Nattle merupakan orang yang bertanggungjawab mencipta anak patung ini. Barbie dicipta pada tahun 1959 dan diperkenalkan kepada dunia di Pameran Alat Permainan Amerika di bandar New York.

Sewaktu diperkenalkan, Barbie merupakan anak patung yang berpakaian fesyen remaja. Namun, kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36, 18, 38, tidak relevan dengan ukuran manusia normal.

Walaupun begitu, anak patung ini tetap mendapat sambutan dan akhirnya pada tahun 1969, buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh dibengkokkan.

Bagaimanakah anak patung Barbie mendapat namanya?

Pencipta anak patung ini, Ruth, mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya, Barbara. "Kekasih" Barbie, Ken pula diambil sempena nama anak lelaki Ruth.


P/S :- Tahukah anda harga patung Barbie boleh mencecah $1999.


Sumber daripada wikipedia.org/wiki/Barbie

No comments: