21 November 2016

LOGIN EMEL 1GOVUC

CARA UNTUK LOGIN EMEL 1GOVUC

1. BUKA URL: https://webmail.1govuc.gov.my/

2.Masuk User Name dan Katalaluan 

*Sila lihat contoh di bawah:



**Ingat ye tuan/puan emel address tuan/puan TIDAK BERUBAH!!! 

Cth: sipolan@moe.edu.my


SETIAP USERNAME MESTI DI TAIP SEPERTI DI ATAS. 

SILA RUJUK LAMPIRAN A UNTUK LIHAT ID TUAN/PUAN. 

SETIAP ID JUGA DITAMBAH DENGAN .moe @ .gov 
cth: sipolan = sipolan.moe @ sipolan.gov
Semua password adalah sama iaitu P@ssword.123


 SILA UBAH/TUKAR PASSWORD SELEPAS LOG MASUK!

Pelan Strategik Asas Sains Komputer 2017

PELAN STRATEGIK ASAS SAINS KOMPUTER 2016



https://drive.google.com/file/d/0B2rmVracnH8QcVNvR2pPa01ndUk/view?usp=sharing

30 March 2008

Hatshepsut - Firaun Wanita

Hatshepsut (kadang-kala dieja Hatchepsut yang bermaksud Wanita Bangsawan Terulung) adalah firaun kelima dari Dinasti ke-18 di Mesir purba. Para Egiptologi umumnya menganggap baginda sebagai salah seorang firaun perempuan yang paling berjaya di Mesir, yang memerintah lebih lama daripada pemerintah perempuan manapun dalam sesebuah dinasti asal.

Hatshepsut dipercayai pernah memerintah sebagai salah seorang pemerintah dari sekitar 1479 hingga 1458 SM (Tahun ke-7 hingga ke-21 Thutmose III). Baginda dianggap sebagai permaisuri yang memeirntah yang paling awal dikenali dalam sejarah dan perempuan kedua yang diketahui menaiki takhta sebagai "Raja Mesir Hulu dan Hilir" setelah Permaisuri Sobekneferu dari Dinasti ke-12.

Pada 27 Jun 2007, sebuah mumia dalam makam KV60 di Lembah Raja-raja dikenalpasti sebagai Hatshepsut.

6000 Mati Akibat Kawat Kematian Sandakan

24 Oktober 1945. Kem tahanan perang Sandakan.
Beberapa bulan selepas ia ditinggalkan dan dimusnahkan
oleh tentera Jepun, tidak banyak yang tinggal di kem
yang dibakar itu. Dalam kawasan halaman No. 1 (gambar) kubur
mengandungi mayat 300 tahanan Australia dan British dijumpai.
Mereka dipercayai tahanan yang tinggal di kem selepas siri kawad kedua
ke Ranau. Setiap kubur mengandungi beberapa mayat, dalam
sesetengah kes sehingga 10 mayat. (Jurugambar: Frank Burke.)

Kawat Kematian Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.

Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).

Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.

Cendawan Juga Beracun

Cendawan Amanita muscaria yang beracun dan bewarna terang.

Cendawan ialah sejenis kulat yang tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang (Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.